Selasa, 1 Mei 2012




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6nxDH0aUez7FN0DrZJ5p7ztfi7Lcc5hDrESQMD8dLplOK_yIbvI06aD2WkSaDH3q0ihGvosoJSwqMhhDAaJb5b1Rsln6KauhUmUSl2iYRFKxaruQncg4PTZhLp6wQkeBBdTQ5rWfo1XE/s320/FAKTA+KARANGAN+2011.jpg






Karangan PMR 2012 - Teknik Belajar yang Betul?

Kejayaan pelajar dalam peperiksaan memerlukan usaha yang gigih dan teknik belajar yang betul.

Nyatakan teknik belajar yang betul.

Kejayaan pelajar dalam peperiksaan sudah menjadi sesuatu yang mesti dalam diri setiap pelajar. Cuma masih banyak pelajar yang gagal untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka. Oleh itu, apakah kaedah pembelajaran yang harus dimiliki oleh pelajar untuk berjaya dalam peperiksaan mereka?

Sudah pasti aspek penting melibatkan penumpuan penuh mereka dalam proses pembelajaran di kelas itu. Semua penerangan guru amat penting dan kemampuan untuk memberikan perhatian memastikan semua informasi penting difahami oleh pelajar. Jelaslah, pelajar harus memberikan tumpuan seratus peratus ketika berada di dalam kelas.

Kedua, pelajar hendaklah menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru mereka dengan baik. Semua tugasan ini diberikan dengan harapan pelajar akan lebih memahami topik itu sebaik sahaja menyudahkan kerja sekolah tersebut. Sesungguhnya, pelajar yang berjaya ialah pelajar yang selalu menghabiskan tugasan sekolah mereka dengan sebaik mungkin.

Malah, pelajar harus memiliki satu jadual belajar yang lengkap dan sistematik. Jadual pembelajaran yang baik menjadikan semua subjek di beri perhatian yang setara oleh pelajar pula. Jadi, tindakan membuat jadual belajar dan mematuhinya menjamin kejayaan cemerlang pelajar dalam peperiksaan pula.

Kewujudan kumpulan belajar menjadikan tugas untuk menelaah begitu mudah pula. Setiap ahli kumpulan akan menerangkan topik atau bahagian yang telah ditugaskan kepada mereka itu untuk dikongsi bersama-sama rakan pelajar yang lain. Sesungguhnya, kumpulan belajar memberikan pelajar satu penjimatan masa untuk membaca banyak topik dalam satu masa yang suntuk.

Kesimpulannya, kejayaan pelajar banyak bergantung dengan cara teknik belajar yang betul. Kemampuan pelajar untuk melakukan semua teknik ini pasti membuahkan hasil dalam kehidupan persekolahan mereka kelak. Bak kata orang tua-tua, 'usaha itu tangga kejayaan' yang membuktikan setiap usaha pelajar pasti membawakan kejayaan yang diadam-idamkan oleh mereka semua.
Posted by Noor Azman Mahat at 11:47 PM

Ahad, 29 April 2012





PENGAJARAN PERIBAHASA TINGKATAN SATU

SOALAN 1
Berikut adalah contoh soalan untuk menentukan maksudnya dengan peribahasa yang dikemukakan sebagai soalan.

Bagaimana gendang begitulah tarinya

Peribahasa di atas bermaksud apabila melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah
A dengan berhati-hati
B mengikut keupayaan diri
C berdasarkan pengalaman
D mengikut arahan dan peraturan

Maksud peribahasa

Bagaimana gendang begitulah tarinya bermaksud bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.


Jawapan yang paling tepat maksudnya di atas ialah D

SOALAN 2
Berikut adalah contoh soalan untuk menentukan peribahasa yang sama maksudnya.

Peribahasa-peribahasa berikut mempunyai makna yang hampir sama, kecuali

A sediakan payung sebelum hujan.
B ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis.
C sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
D mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.


Maksud peribahasa

sediakan payung sebelum hujan bermaksud berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis bermaksud selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna bermaksud berfikirlah dengan teliti sebelum melakukan sesuatu supaya tidak timbul kesal akibat berbuatan itu.

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan bermaksud mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum pasti. Keuntungan yang pasti dilepaskan.


Peribahasa A, B, dan C membawa maksud yang sama iaitu berjaga-jaga, berfikir dengan teliti atau berwaspada. Jawapan untuk soalan ini ialah D


Soalan berbentuk peribahasa - menentukan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat


Soalan ini menguji pemahaman pelajar tentang peribahasa. Peribahasa terlalu banyak dan sukar dihafal, tetapi pelajar harus cuba memberi penekanan terhadap peribahasa-peribahasa yang terkandung di dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2, dan 3. Soalan ini dapat dianggap sebagai soalan bonus kepada para pelajar kerana mudah dikuasai. Tidak seharusnya pelajar mengalami masalah dalam soalan bentuk ini berbanding bentuk soalan yang lain.Terdapat dua bentuk yang ketara dalam soalan peribahasa iaitu menentukan peribahasa yang sesuai dengan maksud...

Ahad, 15 April 2012

RANCANGAN PERSEDIAAN HARIAN BAHASA MELAYU TINGKATAN SATU





RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR HARIAN
BAHASA MELAYU TINGKATAN SATU
RINGKASAN DAN PEMAHAMAN (KERTAS 2)
KELAS : 1 INDAH JUMLAH MURID : 34 ORANG MASA : 220-330PM

TAJUK : Kebaikan laman blog kepada masyarakat hari ini.

OBJEKTIF : PADA AKHIR P&P DIHARAP MURID-MURID DAPAT;
i-menyenaraikan sekurang-kurangnya lima daripada lapan isi utama dalam petikan.

BIDANG INTERPERSONAL:(1.0)Berinteraksi untuk menjalin dan mempererat hubungan
F.S : (2.1)Mencetuskan idea yang bernas semasa memberi pendapat dalam
perbincangan.
BIDANG MAKLUMAT: F.U (7.0)Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar,dibaca dan ditonton.
F.s (7.1)Mengenalpasti dan menyatakan gambaran keseluruhan idea utama,isi penting dan
isi relevan tentang bahan yang didengar,dibaca dan ditonton.

BIDANG ESTETIK: F.U (12.4)Menyusun isi dengan menggunakan penanda wacana untuk menghasilkan perenggan
yang koheren.
HHP : Aras 1 (i)Mengenalpasti isi yang sesuai dengan tajuk.
Aras 2 (ii)Mengemukakan isi mengikut urutan dengan menggunakan penanda wacana yang wacana sesuai.
Aras 3 (iii)Mengenalpasti dan membetulkan kesalahan tandabaca dan ejaan serta menyemak semula isi
yang bersesuaian dengan tajuk.
Aktiviti : (i)Murid membaca petikan yang bertajuk 'kebaikan laman blog kepada masyarakat hari ini'.
(ii)Murid mengenalpasti isi dalam petikan
(iii)Guru membimbing murid menyusun maklumat mengikut kepentingan dan urutan peristiwa
berdasarkan bahan yang dibaca.
(iv)Latihan membina perenggan yang kemas dengan menyusun semua ayat dan maklumat dalam
perenggan.
(v) Menyambung ayat-ayat dengan penanda wacana.
Kemahiran Bahasa: Mendengar,bertutur,membaca dan menulis.
Sistem Bahasa : Morfologi: Kata Kerja Sintaksis :Bina ayat.
Pengisian kurikulum : (i)Ilmu : ICT (ii) Nilai : Hubungan sejagat
Kemahiran Bernilai Tambah : (i) Kemahiran Berfikir (ii) Kajian Masa Depan
BBM : (i)Bahan Edaran 'Kebaikan Laman Blog kepada masyarakat hari ini'.
(ii)Buku Rujukan Pan ASia
Refleksi : (i)Seramai 20 orang murid berjaya mengenalpasti isi yang terdapat di dalam petikan
(ii)10 orang masih perlu dibimbing untuk mengenalpasti isi dalam petikan
(iii) Empat orang murid lagi perlu dipulih supaya mamtap dalam Kemahiran Bahasa,'membaca' dan
menulis.
(iv) Keseluruhan objektif tercapai.

Sabtu, 14 April 2012