Ahad, 29 April 2012





PENGAJARAN PERIBAHASA TINGKATAN SATU

SOALAN 1
Berikut adalah contoh soalan untuk menentukan maksudnya dengan peribahasa yang dikemukakan sebagai soalan.

Bagaimana gendang begitulah tarinya

Peribahasa di atas bermaksud apabila melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah
A dengan berhati-hati
B mengikut keupayaan diri
C berdasarkan pengalaman
D mengikut arahan dan peraturan

Maksud peribahasa

Bagaimana gendang begitulah tarinya bermaksud bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.


Jawapan yang paling tepat maksudnya di atas ialah D

SOALAN 2
Berikut adalah contoh soalan untuk menentukan peribahasa yang sama maksudnya.

Peribahasa-peribahasa berikut mempunyai makna yang hampir sama, kecuali

A sediakan payung sebelum hujan.
B ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis.
C sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
D mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.


Maksud peribahasa

sediakan payung sebelum hujan bermaksud berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis bermaksud selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna bermaksud berfikirlah dengan teliti sebelum melakukan sesuatu supaya tidak timbul kesal akibat berbuatan itu.

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan bermaksud mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum pasti. Keuntungan yang pasti dilepaskan.


Peribahasa A, B, dan C membawa maksud yang sama iaitu berjaga-jaga, berfikir dengan teliti atau berwaspada. Jawapan untuk soalan ini ialah D


Soalan berbentuk peribahasa - menentukan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat


Soalan ini menguji pemahaman pelajar tentang peribahasa. Peribahasa terlalu banyak dan sukar dihafal, tetapi pelajar harus cuba memberi penekanan terhadap peribahasa-peribahasa yang terkandung di dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2, dan 3. Soalan ini dapat dianggap sebagai soalan bonus kepada para pelajar kerana mudah dikuasai. Tidak seharusnya pelajar mengalami masalah dalam soalan bentuk ini berbanding bentuk soalan yang lain.Terdapat dua bentuk yang ketara dalam soalan peribahasa iaitu menentukan peribahasa yang sesuai dengan maksud...

1 ulasan: